Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24) - Pihak Tentera Yaman telah mengumumkan bahawa pihak mereka akan menghasilkan peluru berpandu jarak sederhana yang dikenali sebagai Qaher M2.
Peluru berpandu yang dibina secara domestik itu dilaporkan mempunyai julat jangkauan sekitar 400 km. Qaher yang mempunyai berat sebanyak 350 kg itu dipamerkan kepada pelbagai pihak di dalam sebuah upacara yang dianjurkan pada hari Selasa.
Menurut sebuah kenyataan rasmi yang dikeluarkan oleh Tentera Yaman, Qaher diumumkan setelah melalui 3 ujian yang mana kesemuanya mendatangkan hasil yang positif.
/315
29 Mac 2017 - 02:22
News ID: 820600
Pihak Tentera Yaman telah mengumumkan bahawa pihak mereka akan menghasilkan peluru berpandu jarak sederhana yang dikenali sebagai Qaher M2.